Post

10:05

 ‘Rumah’ yang ku anggap tempat aku pulang setiap kali mencari nyaman ternyata sudah tiada.

Aku luah dan ceritakan kekosongan dalam hati bukanlah untuk diberi solusi. Bukan untuk diberi nasihat dan pandangan. Tapi dengan harapan ‘rumah’ yg ku harapkan selama ni boleh jadi tempat selamat untuk aku lari dari segala rasa kosong.

‘Rumah’ itu kini lebih penuh dengan rasa kosong.

Aku sedar setiap kali aku cuba luah kekosongan hati ini,ia malah bertambah kosong.

Memang salah aku.

Salah aku sebab tak dapat kawal kekosongan diri sendiri.Salah aku sebab tak dapat kenal pasti sebab ruang kosong itu terjadi.

Tak sangka.

Disebabkan ‘rasa kosong’ yang ingin aku luahkan, segala perkara yg berlaku selama ini diungkit dan dipersoal.

Jangan risau,jika semua itu tak diberitahu-aku pun tahu.

Aku pun tahu kau dah cuba sehabis baik. Aku tahu kau dah buat sekua benda. Aku tahu semua puncanya adalah aku.

Mana lagi aku nak cari ‘rumah’ yg boleh aku pulang bilamana aku sedih?

‘Rumah’ yang akan mendengar segala luahan isi hati aku tanpa menghakimi aku,bandingkan aku dengan cerita org lain.

Aku tahu setiap orang ada cabaran dan sedih masing-masing.

Tapi bukan dengan cara menceritakan cabaran org lain dapat menenangkan aku. Bukan.

Jujur,’rumah’ yang tenangkan aku selama ini tidak lagi menenangkan.

Tiada lagi tempat untuk aku luahkan isi hati aku secara bebas tanpa dihakimi.

Kalau disoal apa yg aku mahu bila aku rasa kosong?

Aku nak ‘rumah’ yang sedia terbuka pintunya untuk aku. ‘Rumah’ yg buatkan aku rasa bersedihlah jika itu sahaja pilihan yg ada. ‘Rumah’ yg meyakinkan aku, aku akan bahagia setelah lalui fasa kesedihan itu. ‘Rumah’ yg byatkan aku terima dengan apa yg aku rasa,bukan buat aku lari dari apa yg aku rasa.



No comments: